Sebagai seorang blogger, sudah tentu anda ingin tahu bagaimana untuk buat duit dengan blog. Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi empat cara asas bagaimana anda boleh buat duit dengan blog. Sebelum itu, suka saya untuk kongsikan Top Earning Blogs yang dikeluarkan oleh incomediary.com.

1: Syarikat Pengiklanan Internet
Cara paling asas untuk buat duit dengan blog ialah mendaftar blog anda dengan syarikat pengiklanan internet. Antaranya ialah Nuffnang, sebuah syarikat pengiklanan internet yang paling popular dalam kalangan blogger. Kenapa? Sebabnya, anda tidak perlukan sebarang syarat untuk menyertai komuniti Nuffnang, cukup sekadar mempunyai blog maka anda sudah dikira layak walaupun blog anda baru berusia sehari. Ianya hampir sama dengan Advertlets.
Berbeza pula dengan Innity, sebuah lagi syarikat pengiklanan internet yang menjadi rebutan blogger di mana bayaran mereka lebih mahal berbanding Nuffnang dan Advertlets. Untuk mendaftar dengan Innity bukanlah perkara yang mudah kerana blog anda perlulah melepasi syarat-syarat yang pihak Innity sertakan. Antaranya, blog anda perlulah mempunyai pageviews sebanyak 100,000 sebulan! Dan jumlah UV sebanyak 20,000 sebulan! Jika blog anda sudah melepasi syarat tersebut, apa tunggu lagi? Mohonlah segera sebelum syaratnya diketatkan lagi.
Satu lagi syarikat pengiklanan yang menjadi rebutan blogger ialah Google Adsense. Maaf kerana saya belum pasti tentang itu kerana apa yang saya tahu, pihak Google masih belum menerima blog berbahasa Melayu.
2: Penjualan Slot Iklan Di Blog
Cara kedua untuk buat duit dengan blog ialah menjual slot iklan di blog anda. Contohnya, anda menjual satu slot iklan bersaiz 125×125 pada harga RM30 sebulan. Terdapat 8 slot yang disediakan, maka anda mampu menjana RM240 pada bulan tersebut. Mudah? Tidak juga. Anda perlukan trafik yang tinggi untuk meyakinkan pengiklan beriklan di blog anda. Selain itu, kedudukan Alexa dan PR blog juga memainkan peranan dalam menarik minat pengiklan untuk beriklan.
3: Program Affiliate
Sebelum ini, saya sudah menyiarkan post bertajuk “Blogger Juga Perlukan Ilmu Affiliate Untuk Buat Duit Online”. Dalam post tersebut, saya ada bercakap tentang bagaimana seorang blogger luar negara yang mampu menjana $24k hanya menerusi program affiliate yang disertainya. Untuk cara ini, anda boleh rujuk semula entri tersebut. Sedikit penerangan ringkas, affiliate bukanlah perkara yang mudah tetapi jika kena pada caranya, bomb! empat angka sebulan mungkin milik anda.
4: Giliran Anda Tentukan Bagaimana Untuk Buat Duit Dengan Blog
Cara yang keempat buat duit dengan blog ada pada anda. Ayuh kongsikan dengan kami di sini bagaimana anda buat duit dengan blog. Mungkin anda ada tip atau nasihat untuk dikongsikan, sila nyatakan di ruangan komen. Ingat, lebih banyak anda beri (bukan duit), lebih banyak anda akan dapat.
Sebelum terlupa, kini anda boleh dapatkan setiap kemaskini di Fokusblogger terus ke peti masuk emel anda. Caranya, anda hanya perlu masukkan emel di ruangan sidebar atau di atas header blog ini. Terima kasih.
Kredit Imej: ezs
Post Berkaitan:
Perlukan perkhidmatan pereka laman web atau laman blog?
Anda seorang blogger sambilan dan ingin fokus kepada professional blogger ? Pasti anda memerlukan pereka laman blog yang professional.
Dapatkan perkhidmatan reka laman blog menggunakan Thesis Theme daripada Encik Baloot (Balootisme.com)
{ 37 comments… read them below or add one }
kalu kena gaya atu stail mmg buat duit dgn blog akan mudah ttp bagi mereka seperti WR sure berhempas pulas dulu hahaha..:)
wrizuan.net recently posted..Jalur Gemilang kurang berkibar Sistem Pendidikan Dipersalahkan ?
sama la kita bro, bukan mudah sebenarnya. ambil masa jugak, lain la kita ni memang popular, sng je dapat trafik + pengiklanan
boleh juga sediakan servis contohnya mencipta banner , header utk blog lain. Memasang blog menulis dan lain2..
broFami recently posted..Wordless wednesday #1 – Affiliate Marketing Diagram
betul tu, bonus bagi mereka yang ada kepakaran dalam design seperti broFami kita ni. boleh je promote servis di blog
sapa2 yang nak iklan di blog tu, boleh la contact ye

huhu fokus macam mana nak tarik orang iklan kat blog kita sekarang
syahrilhafiz recently posted..Cool Google + Wallpaper HD & Themes For Your Computer
no 4, traffic dah tinggi kan ,. buat lah bisnes sampingan mcm PB , jual VCO tu je sehari leh untung rm50 gitu .. paling tinggi lah paling sikit pun PB untung rm10 sehari tuk VCO… dan .. biasanya bila blog dah mantop ramai advertiser melamar kite .. nak dgn tak nak je .. renung2kan.. nk duit mesti ada traffic dulu gak kot…
puanbee recently posted..Senyum Terima Testimoni VCO (Virgin Coconut Oil)
red mummy pon penah kate, traffik adalah penting utk sesebuah blog terus menjana duet secara beriban2

Haru recently posted..Jemputan Berbuka Puasa Untuk Blogger Kelantan
yup sokong ..dan cara dapat traffic tu yg paling penting huwaa.. susah sikit dpt traffic ni ..
puanbee recently posted..Senyum Terima Testimoni VCO (Virgin Coconut Oil)
tp aku dah buktikan..takyah traffic pun boleh dapat duit gak dari blog dan advertiser…:D
reezluv recently posted..Teknik Marketing Blog Yang Pernah Dibuat
reez guna cara lain.. agak susah bg saya cara reezluv nih
puanbee recently posted..Google Sitelinks Untuk Puanbee.com
puan bee bila nak kongsi pengalaman dapat trafik tinggi ni? sy nak tau jugak hihi
cam mana ye .. byk traffic PB dtg dr google , tang isu2 semasa tu .. kalau nk harapkan BW atau cerita PB jgn haraplah dik…
puanbee recently posted..Senyum Terima Testimoni VCO (Virgin Coconut Oil)
thanks puan bee…dapat jugak ilmu…jadi kena bijak juga utk olah isu semasa ni..kang nanti semua sama…jadi lemau pulak, betul ke puan bee?
hafizmd recently posted..5 cara untuk belai komputer…
betui lah olah ikut gaya tulisan kita … jgn copy bulat2 , cadangan saja ..
puanbee recently posted..Google Sitelinks Untuk Puanbee.com
buar servis…

Haru recently posted..Jemputan Berbuka Puasa Untuk Blogger Kelantan
untungla org tu pandai design hehe
haru pandai design theme ? mahal tk servis ? ehemmm
puanbee recently posted..Senyum Terima Testimoni VCO (Virgin Coconut Oil)
erm macam2 cara nak buat duit dengan blog.cuma kena rajin usaha je.kalau yg pandai seo memang mantap trafik dia.tapi jangan sebab tak mahir seo , dia jadi malas pulak nak cuba cara lain bagi dapatkan trafik sekaligus melamar innity hehe
izwannizam recently posted..Peluang Kerja Di Intel Malaysia
kalau ikut teori, cara 1,2,3 kalau kena teknik dan jurusnya..mmg riban2 tuh..
tak perlu dah nak korek teknik2 lain…hehe
p/s-bro titan kita mmg pakar bab2 ni…

hafizmd recently posted..5 cara untuk belai komputer…
blog melayu kalau nak pakai google ads boleh jer tp kena dgn saluran ketiga….aku tgh usaha kearah itu…harap2 dpt lah…
Faizal Fredley recently posted..Dapatkan 50% Discount Barangan Fabrik Hari Raya Untuk Follower Faizal fredley
saluran ketiga? macam mana tu ye? tak sabar nak tggu post pasal ni kat blog kau
boleh eh?setahu aku advertiser yg duk mengiklan kt Adword bagi region sini,semua keyword murah2 jek..ada ke sampai USD30-USD50 satu keyword ye?company apa la agaknya tu..fuh..kena plak ngan smartpricing skang ni..letih2..kot ada blackhat..aku tamau campur…
reezluv recently posted..Teknik Marketing Blog Yang Pernah Dibuat
aku pun pilih service…. sekurang2nye depends on our own, establishing our own market…
FD recently posted..#SPM – Aku Dah Cakap Awal Awal Tapi Hang Keras Kepala
janji kena ambil tindakan. Cakap dan tulis aje tak guna kan?

titan recently posted..Hadiah hari jadi dari Nuffnang..
point ni penting – ambil tindakan unt monetize blog, setiap blog berbeza cara buat duitnya.
neo recently posted..Penulisan Web
hoho..bagaimana? ada banyak caranya. So far setakat ini, saya buat apa yang saya mampu aje. Dapat, ambil. Tak dapat, usaha lagi..
ohcikgu recently posted..Pengalaman saya berniaga pada bulan Ramadan
24 k.. byk tuh
sjiehan recently posted..Hello world!
Buat masa ni hanya beriklan dgn Nuffnang sahaja..ada gak usha2 yg lain,tetapi masih dalam kajian dengan nuffnang
nuffnang pun boleh tahan sebenarnya…
zik recently posted..Siapa pencipta penyepit klip kertas
betui nuffnang pun boleh tahan lagi2 kalau kita rajin berkerjasama dgn nuffnang
puanbee recently posted..Google Sitelinks Untuk Puanbee.com
Best guna Innity.

Amir Said recently posted..Resepi Kuih Cara Manis
untungla org tu boleh guna innity
2 daripada 4 perkara diatas saya cuba praktikkan..
Azman Omar recently posted..Puasa Sambil Buat Duit Raya!
ada lagi satu…yang paling major…blog flipping…:D
reezluv recently posted..Teknik Marketing Blog Yang Pernah Dibuat
kena ada banyak ilmu kalau nak buat
BloggerHowtt recently posted..Nurul Terdesak? Sampai Berbaju ala Berkemban
macamana yea, saya nak letak iklan kat blog saya….untuk jana pendapatan saya
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=emmasuriana
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com
{ 1 trackback }