Archive for the ‘Kerjaya’ Category

Gelandangan Serah Resume Kepada Orang Ramai

Seorang gelandangan di Sacramento, mendapat perhatian orang ramai apabila dia menolak pemberian dan sedekah yang diberikan orang ramai kepadanya, sebaliknya dia gigih memberikan resumenya kepada orang ramai sebagai bantuan untuk mendapatkan kerja.

Kisah Frederick Callison, yang juga merupakan seorang gelandangan semenjak 2 tahun lalu itu menjadi tural baru baru ini sebaik agensi berita CBS yang beroperasi di Sacramento menyiarkan kecekalannya itu.

Agensi tersebut mendedahkan, hampir saban hari Callison akan duduk di hadapan kedai Arden Way dan Smart & Final di Watt Avenue sambil menyebarkan resumenya terhadap mereka yang lalu lalang di kawasan itu.

Sebuah kedai berhampiran turut memberikan kebernaran kepadanya untuk menggunakan segala peralatan bagi membuat salinan resume yang ingin diedarkan kepada orang ramau yang bersedia untuk menolongnya.

Callison yang sebelum ini pernah menjadi tukang masak di beberapa restoran, turut sama membawa kad keselamatan sosial dan sijil pengendali makanan  di dalam usahanya untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa dia memang serius mencari kerja dan bukan sekadar meminta bantuan makanan serta wang seperti gelandangan yang lain.

Video tentang Callison telah dikongsi oleh beratus netizen dan usaha itu menarik perhatian Badan Sukarelawan Uta­ra Nevada dan California yang juga turut sama memuat naik kisah tentang gelandangan tersebut dalam usaha membantunya mendapatkan pekerjaan.