
Blog yang mempunyai “0” trafik boleh diibaratkan umpama sebuah banglo usang di tengah hutan; sunyi, tiada seorang pun manusia lalu-lalang kecuali hanya haiwan-haiwan yang menjadikannya sebagai tempat singgahan sementara. Walaupun blog anda itu cantik dari segi reka bentuk, namun jika tiada pembaca, apa gunanya?
Di bawah ini saya kongsikan antara tip asas untuk membina trafik blog. Tip asas jadi trafik yang anda akan dapat pun tentulah dalam kuantiti yang asas. Jangan terburu-buru mengejar trafik. Berikan yang terbaik kepada pembaca, selepas itu, trafik 1000 sehari akan datang kepada anda.
3 Tip Asas Membina Trafik
Tip yang pertama ialah komen di blog lain. Komen adalah salah satu cara interaksi maya antara pembaca dan pemilik blog. Ramai blogger menyarankan agar komentar meninggalkan komen yang bernas bagi menarik lebih banyak trafik. Namun, apa yang saya nampak, dengan adanya ComLuv (alat di mana anda boleh memaparkan entri terbaru anda pada bahagian komen sesebuah blog lain), pembaca lebih tertarik kepada tajuk blog yang ditinggalkan. Anda pendapat anda tentang ini?
Yang kedua ialah post tamu. Tip ini sesuai bagi anda yang ingin mendapatkan trafik baru dari sesebuah blog. Maksud trafik baru ini ialah audiens baru yang selama ini tidak tahu akan kewujudan blog anda. Selain mendapat beberapa pembaca baru, anda juga mendapat backlink secara percuma. Ini salah satu strategi menaikkan PR sesebuah blog.
Tip yang ketiga ialah tip membina trafik secara offline. Antaranya dengan membuat kad bisnes yang tertera nama blog anda berserta URL. Anda juga boleh menempah t-shirt khas yang tertera nama blog anda. Pastikan reka bentuknya menarik agar insan yang melihatnya tertarik untuk mengetahui apa yang ada di sebalik nama blog yang anda paparkan.
Bonus Tip Membina Trafik
Bagi anda yang profesional dalam teknik penghasilan video, saya sangat-sangat menyarankan teknik promosi blog dalam bentuk video. Ini kerana, ramai yang suka menonton video dari membaca. Menulis dengan menyelitkan unsur humor sangat sukar dilakukan. Berbeza pula dengan menghasilkan video, anda mampu mewujudkan unsur humor yang kadang kala akan membuat penonton menontonya semula seterusnya menaikkan nama blog anda.
~ Gambar
Post Berkaitan:
Perlukan perkhidmatan pereka laman web atau laman blog?
Anda seorang blogger sambilan dan ingin fokus kepada professional blogger ? Pasti anda memerlukan pereka laman blog yang professional.
Dapatkan perkhidmatan reka laman blog menggunakan Thesis Theme daripada Encik Baloot (Balootisme.com)
{ 36 comments… read them below or add one }
thanx untuk tips!
nik recently posted..Alexa ranking?itu misi seterusnya!
boleh share blog mana yg terima guest post – fokusblogger terima guest post ker

neo recently posted..Buat Duit Dengan BuySellAds – Pengalaman Peribadi Aku
kalau nak tau blog mana terima guest post seeloknya tanya pemilik blog tu sendiri. saya terima guest post tapi bukan sekarang. insha Allah panduan guest post di sini akan dilepaskan tidak lama lg
apa yang saya nampak, kalau meninggalkan komen tu memang akan membantu lah. tapi secara offline tu, hihi. entah. tak nampak dekat mana yang boleh letak url blog tu. nanti de yg ckp pehal pulak an. business card pon takde lagi untuk disebarkan. btw, nice tips.
datang dari rakan blogger 2dayblogger.com
bisnes kad seeloknya bagi mereka yang ingin serius dalam blogging
selamat datang ke Fokusblogger. jangan lupa undi saya untuk contest tagline tu
wah..bagus nie..tp memang susah mencipta nama dengan blog personal

nizam ijam recently posted..Popular Itu Penyakit…
tapi tak mustahil. kalau kena caranya mmg meletup la blog personal ni. apa pun usaha mesti gigih kalau nak mantap
Menarik amat tip ni.. thanx kongsi..
Fakarepain recently posted..KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011
sama2. selamat datang ke Fokusblogger
tinggal komen terbaek..bukan tinggal jejak kat shoutbox je..kadang2 tak pasan..kekeke
afendi recently posted..“Kebangkitan Planet Beruk” terbaek
thanks tips ni tapi tak reti promote blog cara video huhu
Wan Gerrard recently posted..Lin Dan juara kejohanan badminton dunia kalahkan Lee Chong Wei
ehem2..owner blog ni terima guest post tak?hahaha..:D
reezluv recently posted..Teknik Marketing Blog Yang Pernah Dibuat
terima je. tggu aku sediakan panduan guest post dulu. berminat ke?
aku pernah cerita pasal ni gak..siap 2 part..yang offline nampak cam memalukan tapi menjadi gak..haha
nak buat video ni kena kreatif dan menarik ideanya baru orang tertarik nak tengok..
Izwan recently posted..Apakah Itu WordPress dan 5 Kelebihan Blogging Dengan WordPress
kalau kreatif macam iklan KL (jelatek) Gangster tu memang power habis
secara offline cam best je. tapi kena tebal muka la sikit awal2 ni. hehe
EddyGeek recently posted..4T Tray Minimizer Menyertakan Butang Tambahan Pada Title Bar
tips utk buat video dalam komputer (screencast)
pakai perisian terbaik, aku sarankan pakai Camtasia sebab kualiti cantik. Nak buat video pun, kena pertimbangkan aspect ratio. contoh utk normal screen :
4:3
dan untuk widescreen
16:9
barulah video jadi cantik….
FD recently posted..#SPM – Bagaimana Proses Meniru Itu Berlaku Di Dalam Exam Hall
thanks bro atas perkongsian ni. aku teringin jugak nak try screencast ni
cara buat video tu memang berkesan kot , tp saya tk de kekuatan lagi utk hasilkan video hehe
puanbee recently posted..Google Sitelinks Untuk Puanbee.com
offline yang lemah tuh…depend on budget lah..
zik recently posted..Kelakar: Abah, lailatul qadar nih!
pos tamu tu dah lama aku tak buat,kaalu promosi offline ni setakat bisnes card tu pun dah memadai
wazy recently posted..Promosi Webhosting Sempena Bulan Ramadhan 2011 Di Fivio.Com
tips yg berguna utk trafik nie…
thanks der!
Mr Rileks recently posted..Pembetulan Kenyataan Status Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani
tak pernah lagi buat offline tuh. tapi, tak tahu perlu ke buat.tapi, kalau blogging untuk tujuan bisnes sila buat apa yang patut

lizz recently posted..3 Blog Malaysia Yang Cukup Berinformasi Untuk Blogger
suka ayat ni bro “Berikan yang terbaik kepada pembaca, selepas itu, trafik 1000 sehari akan datang kepada anda ” inilah yg sedang aku terapkan…
wrizuan.net recently posted..Blogger Double S
macam artis yg kejar popular la kan, jangan kejar popular, berlakon biar smart nnt popular cari tuannya sendiri
yup kalu berlakon dgn bakat insyallah kekal lama begitu juga dgn blogger jika blogging kerana niat yg tak betul tak lama jadinya..:)
wrizuan.net recently posted..Dapat Jemputan Berbuka Puasa Bersama DiGi dan Nuffnang
Saya setuju dengan BW & com luv tu. sgt membantu..
Assalaa`mualaikum Afiq,
saya rasa langkah ini memang tepat untuk mereka yang beru berjinak-jinak dalam penulisan blog. Selepas mengambil pendekatan seperti di atas, anda perlulah berubah daripada bergantung kepada blogwalking kepada mandiri.Sebenarnya apa yang paling penting untuk membina traffik ialah bagaimana kita membina interaksi dengan pembaca kita dan menarik perhatian orang lain untuk terus terpikat dengan hasil tulisan kita. Masalahnya itulah perkara terbesar yang sukar kita lakukan.
Menulis tanpa disertai minat dan hanya berpaksikan kepada duit hasil iklan tidak akan membawa kita ke mana. Sejujurnya saya sendiri lebih suka respons dan komen daripada pembaca berbanding duit yang diberi oleh Innity. Bagi saya itulah kepuasan yang sebenar.
Betul tu. Kita sedang kongsikan idea bersama mereka yang mampu memberikan respon. Jika apa yang kita kongsi tidak mendapat respon pembaca, aneh rasanya. Sudah tentu ada yang salah. Saya sendiri puas bila mana pembaca memberikan respon mereka. Dari situ, saya tahu apa yang mereka ada untuk kongsikan bersama yang lain agar semua memperoleh manfaat yang sama
tips yang bagus.. akupun dah lama nak try cara offline tu tapi belum berkesempatan lagi..
kulanz recently posted..Penulis Blog Terdedah Kepada Bahaya
buat aje. Jangan tak buat, sudah la..
saya setuju dengan tip tip diatas, kerana memang begitu lah yg perlu kita lakukan untuk menarik taffik
Juan recently posted..Hujan Renyai – Cerpen
Thanks for the info
BloggerHowtt recently posted..Ost Ramadan Terakhir Full Version Dan Lirik
gua nak jadi guest post kat sini, boleh? huhu..
RedBoys recently posted..Keyboard Shortcut
boleh je. cuba tgk dekat page post tamu dekat atas tu, ada kriteria-kriteria untuk jadi guest post kat blog ni. hehe tapi serius aku perlukan bahasa baku. sbb nak jaga bahasa di blog ni, harap maklum
Bagus la! terima ksih banyak2 !! Tajuk entri mmg penting ke? Penting sangat ke tajuk entri? Saya x berapa pandai nk tulis ayat bunge2 ni. Sbb blog sye pasal…agak…susah la nk cakap.. Anyway, thank you so much. It’ll help me a lot in the future. ^^v
Kucin765G recently posted..Dad of the year
{ 3 trackbacks }